* Daya ketahanan badan yang lebih kuat
* Fungsi penghadaman yang lebih baik – kurang angin dan senak
* Pembuangan air besar yang kerap
* Daya ingatan dan daya tumpuan yang lebih baik
* Kulit yang lebih cerah dan sihat
* Badan yang lebih langsing
* Ketiadaan sakit-sakit dan sengal-sengal badan.
Ia adalah hampir mustahil untuk kita mengelakkan diri daripada toksin-toksin ini kerana mereka berada di mana-mana sahaja.
Dalam makanan kita racun rumpai dan racun serangga dalam buah-buahan dan sayur-sayuran ,bahan kimi dan logam berat dalam ikan dari sungai dan laut yang sangat tercemar,antibiotik dan hormon dalam ayam, itik dan daging.
Dalam air minuman kita klorin, logam berat, bahan kimia , bacteria dan parasit dari sumber air yang tercemar dan paip air yang lama.
Dalam udara yang kita sedut bahan kimia dan asap berkabut dari kilang-kilang, asap kenderaan, asap rokok , serta asap dari pembakaran terbuka dan hutan terbakar dari negara-negara jiran.
Dari proses-proses badan sisa metabolik dan pereputan daripada makanan yang tidak dapat di hadamkan.
Makanan dapat diibaratkan sebagai bahan bakar yang paling mustahak untuk manusia. Ia boleh dikatakan bahawa kesihatan kita adalah dibina daripada makanan yang kita makan pada setiap hari. Walaupun pembangunan yang pesat dalam ekonomi negara, peningkatan taraf kehidupan dan kemajuan teknologi perubatan, tetapi kesihatan kita tidak semestinya meningkat secara mendatar. Sebaliknya, semakin ramai menghidap penyakit moden pada masa kini. Untuk mengelakkan penyakit moden, pemilihan makanan berkhasiat untuk kesihatan menjadi isu yang hangat untuk zaman moden ini. Menurut Hippocrates (460-377 B.C.) dari Greek, dia juga dikenali sebagai "father of Medicine". Beliau pernah berkata, :" Food is your medicine, and you are the doctor of your body, but no one else" yang bermaksud bahawa makanan adalah ubat semulajadi anda, dan anda adalah doktor kepada badan anda, tiada sesiapa pun dapat menggantikannya.
Bagaimanakah memilih makanan yang sihat? Cara-cara untuk menjaga kesihatan badan seperti mengamalkan pemakanan yang sihat, mengawal berat badan, mencegah penyakit kanser , tekanan darah tinggi dan penyakit jantung; cara-cara ini telah memaparkan satu prinsip yang sama, iaitu "3 RENDAH 1 TINGGI". Prinsip ini mengutamakan makanan lemak yang rendah, mengurangkan pengambilan gula dan garam serta meningkatkan pengambilan fiber.
RENDAH LEMAK
Lemak adalah sumber yang baik dan diperlukan untuk membina sel-sel tubuh badan. Ia boleh membekalkan tenaga kepada badan manusia. Sumber lemak boleh didapati daripada minyak masakan, makanan tinggi lemak seperti makanan bergoreng, kuih-muih dan daging. Pengambilan makanan yang tinggi dalam lemak akan menyebabkan tenaga mudah distor dalam tisu adipos tubuh. Walau bagaimanapun, jika terlalu banyak lemak boleh meningkatkan risiko penyakit jantung koronari, angin ahmar, kegemukan dan lain-lain masalah kesihatan.
Memilih minyak berlemak rendah seperti minyak zaitun atau minyak tumbuhan, mengurangkan pengambilan makanan bergoreng, makanan daging, kuih-muih tinggi lemak, snek dan kekacang merupakan cara yang baik untuk mencegah diri daripada makanan berlemak tinggi. Di samping itu, cara masakan seperti stim, kukus, memanggang dan rebus boleh mengurangkan pengambilan lemak dalam tubuh. Manakala dari segi makanan berdaging, digalakkan mengambil daging putih seperti hasilan laut, ayam dan mengurangkan daging merah seperti lembu dan kambing. Ini adalah kerana daging putih kurang kolesterol dan lemak jika dibandingkan dengan daging merah.
RENDAH GULA
Granul Gula adalah sumber utama rasa manis dalam makanan. Gula digunakan secara meluas dalam industri makanan memproses dan snek yang manis. Ramai orang mengemari memakan makanan yang diproses dan makanan manis pada zaman kini. Walau bagaimanapun, gula hanya memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan. Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan, ketidakseimbangan nutrisi dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.
Pengambilan makanan yang manis untuk suatu jangka masa yang panjang akan menyebabkan masalah kesihatan seperti kegemukan, mempengaruhi menjejaskan selera seseorang, mengakibatkan kerosakan gigi, meningkatkan kandungan bakteria yang berbahaya dalam usus badan dan sebagainya.
Untuk menjamin kesihatan anda, pengawalan pengambilan gula dan makanan manis adalah sangat penting. Kurangkan pengambilan snek yang bergula tinggi, minuman bergula dan kuih-muih yang manis.
RENDAH GARAM
Garam adalah unsur utama menambahkan rasa makanan. Makanan yang kurang garam akan menyebabkan seseorang tiada selera untuk memakan. Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.Garam yang berlebihan dalam tubuh juga membebankan pesakit buah pinggang. Orang yang sihat dinasihatkan supaya pengambilan garam dalam purata hariannya tidak melebihi 6-8g. Manakala pesakit yang menghidap tekanan darah tinggi pula dinasihatkan supaya mengehadkan kadar pengambilan garam. Walau bagaimanapun, kebanyakan orang telah mengambil garam yang lebih daripada apa yang disyorkan.
Cara mengurangkan pengambilan garam termasuk mengehadkan penggunaan garam dalam masakan, kurangkan makanan mengasin, rempah segera, makanan mengetin dan makanan segera. Selain daripada itu, anda juga digalakkan supaya selalu menyediakan makanan sendiri di rumah dan menggelakkan memakan di luar.
TINGGI FIBER
Fiber tumbuhan seperti beras kasar, oats psyllium husk, hawthorn berry adalah pelincir usus semulajadi . Fiber boleh mengurangkan masa yang diambil oleh sisa makanan untuk melalui saluran usus besar. Fiber membantu mencairkan bahan beracun yang terdapat di dalam usus besar dan mempercepatkan pengeluarannya daripada tubuh badan. Ia dapat membantu membersihkan kolon secara efektif, menggalakkkan pertumbuhan bakteria baik dan merendahkan risiko penyakit kolon supaya badan akan sentiasa berada dalam keadaan optimum.
Selain daripada itu, fiber juga berefektif untuk mengawal berat badan dengan memberikan perasaan kenyang dan membantu mengawal paras lemak dan kolesterol dalam badan. Maka, makanan berfiber tinggi boleh mendatangkan manfaat untuk kesihatan badan.
Kami boleh mengamalkan prinsip "3 Rendah 1 Tinggi" dengan meningkatkan pengambilan sayur-sayuran dan mengurangkan makanan daging, makanan diproses, makanan segera, minyak berlemak tinggi dan perisa-perisa yang lain. Phyto Greens dan Phyto Fiber adalah produk dirumus khas yang berdasarkan prinsip " 3 Rendah 1 Tinggi " untuk memberikan nutrisi yang seimbang kepada anda.
No comments:
Post a Comment