Tuesday, December 1, 2009

MAKNA TERSELINDUNG DI SEBALIK BUNGKUSAN MAKANAN

SETIAP kali membeli barang keperluan untuk diisi dalam rak dapur, saya menghabiskan banyak masa cuba memahami makna label yang sehalus semut untuk mengetahui kandungan barang dibeli. Lama membelek dan membandingkan dua tiga jenama, termasuk yang baru di pasaran, akhirnya saya mencapai barangan lebih popular di arena iklan dan maklumat pada label ditolak ke tepi - kerana tidak faham.
Saya cuba bertanya kepada rakan, rupa-rupanya saya tidak bersendirian. Ramai juga tidak 'berapa tahu' makna terselindung di sebalik senarai panjang bahan, terutama nama saintifik seperti tertera di bungkusan pembalut.

Pakar Diet Weight Management Information Center Berhad (WMIC), Lee Ching Li, berkata kurang faham mengenai maklumat pemakanan pada barang dibeli menyebabkan ramai gagal menurunkan berat badan, walaupun kurang makan. Malah, tidak kurang merungut dan berputus asa melihat jarum penimbang menunjukkan angka lebih besar sebelum mereka mengamalkan diet dan hanya makan makanan terpilih.
"Bahan yang terkandung dalam makanan disenaraikan mengikut kuantiti. Bahan yang ditulis dulu atau pada kedudukan teratas, kuantitinya paling banyak. Jika tidak ditulis beratnya pun, kita masih boleh buat anggaran kasar. "Caranya mudah. Contohnya kandungan gula. Semua perkataan berakhir dengan -sa seperti sukrosa, glukosa, maltosa atau fruktosa adalah gula. Madu, gula tebu, susu pekat, molasses dan sebarang sirap buah juga adalah gula. Jadi kiralah berapa kali nama-nama ini ditulis.
"Begitu juga lemak. Perkataan minyak, lemak dihidrogenkan separa atau penuh, lemak sayuran, mentega, marjerin, lelemak, lemak konfeksionari atau lemak gantian semuanya membawa makna sama: lemak. "Nama saintifik memang boleh mengelirukan kita, tetapi ambil cara yang mudah. Ingat perkataan yang berakhir dengan -sa adalah gula dan semua sodium, tidak kira apa jenisnya adalah garam," katanya.

Perkara kedua penting untuk diberi perhatian adalah saiz hidangan. Boleh dikatakan hampir semua makanan kini disertakan dengan saiz hidangan yang dicadangkan pengeluar bersama peratusan kandungannya dan jumlah kalori. Jika ditulis satu hidangan bersamaan tiga keping biskut atau 250 mililiter jus buah, bermakna kita disarankan makan tiga keping biskut saja atau minum 250 mililiter jus sehari. "Jika kita makan enam keping biskut, bermakna kita makan dua hidangan. Kandungan lemak dan gulanya mungkin jauh lebih tinggi daripada sepinggan nasi. Ini antara punca ramai gagal menurunkan berat badan, walaupun mereka tidak makan nasi," katanya.

Pengarah Eksekutif WMIC, Pauline Low, pula berkata pengurusan berat badan perlu bermula sejak kecil, seawal mungkin dengan mengamalkan pemakanan seimbang dan kerap bersenam kerana ketika ini anak lebih mudah dilatih. Lebih penting, ibu bapa perlu menjadi teladan terbaik kepada anak-anak. Caranya juga mudah iaitu kurangkan makan di luar, sebaliknya masak sendiri makanan anda dengan memilih resipi menyihatkan serta kurangkan makanan diproses (seperti nugget, daging burger, sosej, biskut).
"Jangan jadikan 'makanan', terutama makanan segera, sebagai hadiah untuk anak atau diri sendiri. Kunjungan ke restoran makanan segera pula tidak seharusnya menjadi aktiviti yang ditunggu-tunggu anak-anak. "Sesekali makan di luar itu bagus untuk mengeratkan ikatan keluarga, tetapi ajarlah anak memilih sajian menyihatkan. Contohnya, mi sup jauh lebih menyihatkan daripada mi goreng atau galakkan anak memilih hidangan yang banyak serat kerana ia cepat mengenyangkan," katanya.

Bimbang dengan peningkatan kanak-kanak obes, Low berkata, ibu bapa perlu membawa anak mendapatkan pemeriksaan untuk memastikan ia bukan disebabkan masalah kesihatan. Bagaimanapun, kanak-kanak tidak perlu mengamalkan diet kerana mereka, terutama yang aktif, memang banyak menggunakan tenaga. Namun, ibu bapa hendaklah mengawal pertambahan berat supaya seimbang dengan ketinggian.

Penjagaan berat badan, khususnya bagi anak obes, adalah tanggungjawab seisi keluarga. Maknanya, bukan saja daripada segi pemilihan makanan seimbang, tetapi turut membabitkan kegiatan harian yang aktif dan selalu bersenam.
Lebih baik jika ia dijadikan aktiviti keluarga bagi mengurangkan anak menghabiskan terlalu banyak masa di depan komputer dan televisyen.
Individu yang mengalami masalah berat badan juga boleh mendapatkan khidmat nasihat percuma daripada pakar pemakanan di WMIC, selain menjalani analisis berat dan kandungan lemak dalam badan. Tiga kaedah digunakan iaitu melalui penentuan Indeks Jisim Tubuh (BMI), saringan kandungan lemak badan dan ukuran pinggang yang disaran dilakukan setiap bulan.
Mengapa ukuran pinggang juga penting? Individu boroi perlu ambil perhatian. Boroi bukan saja tidak cantik, tetapi ia petanda bahaya. Ini kerana kebanyakan organ penting ada di sini dan kehadiran lemak berlebihan boleh menjejaskan fungsi organ berkenaan lalu menimbulkan pelbagai masalah kesihatan.

"Tiada jalan mudah untuk kurus. Ia perlukan masa, kesabaran dan disiplin menjaga makan serta bersenam. Jangan terpengaruh dengan iklan ubat kurus badan, terutama pil dan herba yang tidak diiktiraf kerajaan.
"Jika masih mahu ambil pil kurus, pastikan ia di bawah seliaan doktor. Berbincang dengan doktor mengenai hal ini dan pastikan juga anda faham kesan sampingan setiap ubat. Jangan bahayakan kesihatan semata-mata ingin cepat kurus," katanya




Usus Sihat, Anda Juga Sihat....BERSIHKAN USUS ANDA HARI INI!!!

Usus kita ni seperti saluran air pada sinki kat rumah kita tu.Setiap hari ia jadi laluan segala jenis makanan yg telah dicernakan...lama-kelamaan, usus kita ini akan dipenuhi oleh mendakan2 makanan yg tercerna,yang menyebabkan usus kita semakin membesar dan melendut.Akibatnya, perut kita akan semakin maju ke hadapan dan sistem perkumuhan kita juga terganggu. Kalau dulu, lawas jer, sekarang mungkin dah kurang lawas.

Makan 4 kali sehari...yang buang nyer cuma sekali sehari...bahkan ada yg selang BERHARI -HARI!!!

Bagaimana Usus Toksin Menjejas Kesihatan Kita?

Semasa proses penghadaman, sebahagian besar makanan yang kita makan akan membentuk bahan bendalir dalam saluran usus. Walaupun kebanyakan bahan ini akan dikeluarkan daripada badan melalui proses pembuangan yang normal, tetapi masih ada sebahagian daripadanya yang melekat di atas dinding usus yang kemudiannya menjadi plag. Plag bendalir ini bukan sahaja menyekat proses pembuangan yang betul dan mencegah penyerapan khasiat yang sewajarnya, tetapi ia juga merupakan tempat pembiakan parasit dan patogen yang boleh mencemarkan darah dan limpa serta meracunkan sistem keseluruhan. Keadaan ini dikenali sebagai usus toksin.
Jika badan terpaksa mengeluarkan toksin buangan yang berlebihan untuk sepanjang masa, maka tidak hairanlah kadang-kala ia akan terjejas keberkesanannya dan membenarkan penyakit berjangkit. Usus toksin adalah faktor utama di mana makanan yang dimakan tidak ditolenransi dan membawa masalah kesihatan. Jika organ utama yang bertanggungjawab mengeluarkan bahan buangan toksin gagal berfungsi, maka badan kita akan mendapat penyakit dengan mudah. Apabila badan kita tidak mengeluarkan bahan buangan, toksin-toksin akan berkumpul di dalam usus dan mengakibatkan auto-intosifikasi ataupun penghasilan toksin sendiri. Ini juga akan menyebabkan saluran darah yang melapisi dinding usus menyerap toksin-toksin ini ke dalam aliran darah dan akhirnya mencemarkan semua organ badan. Sebahagian tanda-tanda yang nyata gejala toksin-toksin ini adalah : cirit birit, masalah sembelit, keletihan, sakit kepala, mata menjadi kusam, kulit yang bermasalah, berbintik, sakit otot, masalah saraf, badan dan nafas berbau serta kelihatan murung. Masalah Usus Dan Sembelit Salah satu masalah usus yang dihadapi kebanyakan orang adalah sembelit. Sembelit bermaksud masa yang lama diambil untuk melakukan proses pembuangan toksin. Jika masa pengangkutan ini berpanjangan, lebih lamalah toksin akan tertinggal di dalam usus dan ini akan membenarkan bahan-bahan toksin tersebut menjadi busuk, menapai dan kemungkinan diserap semula ke dalam badan. Lebih lama badan anda terdedah kepada bahan rosak dan toksin ini, lebih besar risiko pembentukan penyakit. Mukus yang lekit dan licin berlumut terbentuk diatas dinding dalam usus dan menjadi tempat untuk pembiakan bakteria, cacing dan parasit. Parasit ini akan menyerap khasiat yang diperlukan oleh badan dan menjejaskan kesihatan sistem badan.


Apa Itu Penyahtoksifikasi?

Penyahtoksifikasi adalah proses pembersihan, peneutralan dan penyingkiran toksin daripada badan, dan pembersihan mukus yang berlebihan dan sesak. Kebanyakkan toksin berasal daripada makanan kita, barangan kimia yang digunapakai dan juga dari pendedahan kepada alam persekitaran. Lemak yang dioksida, kolesterol, radikal bebas dan molekul-molekul pencemar bertindak sebagai toksin di dalam badan kita. Penghadaman yang tidak sempurna, usus yang bertindak lambat dan disfungsi, fungsi hati yang lemah dan proses pembuangan melalui ginjal, saluran pernafasan serta kulit yang lemah akan menambahkan toksin. Penyahtoksifikasi melibatkan penukaran diet dan cara hidup yang boleh mengurangkan pengambilan dan memperbaiki pembuangan toksin.

Kelebihan Pembersihan Usus

Pembersihan usus adalah proses penyahtoksifikasi badan yang utama. Ia adalah jalan pemulihan yang penting. Pembersihan usus yang sempurna adalah penting dan merupakan cara utama untuk mengembalikan badan kita ke tahap yang seimbang, kesihatan yang bertambah baik dan menambahkan tenaga. Justeru itu, ia juga membolehkan sistem badan yang lain untuk dibersihkan. Apabila anda membersihkan usus anda dan mengimbangkan semula bakteria yang baik dan buruk mempunyai penghasilan enzim yang mencukupi, serta makanan yang dimakan dan penghasilan vitamin dalaman adalah betul, makanan yang tidak ditoleransi akan diperbaiki atau hilang. Dr. Bernard Jensen, Pd.D telah menekankan kepentingan usus yang sihat. Menurut beliau, "Setiap tisu dibekalkan dengan darah yang dibekalkan dari sistem usus. Apabila usus kita kotor, darah juga akan kotor. Oleh itu sistem usus mesti dipulihkan sebelum pemulihan bahagian badan yang lain boleh dilakukan.

Pemakanan



- Kurangkan memakan makanan pedas, berasid tinggi dan yang mengandungi fiber yang tinggi (fiber liat/kasar).
- Lebihkan memakan sayur-sayuran atau ulam-ulaman kampung seperti kacang botol, ulam raja, terung, daun salang, pegaga, petai (sikit-sikit) dan sebagainya (sayur yang lambat tumbuh). Begitu juga dengan buah-buahan seperti tembikai, rambutan dan sebagainya.
- Sayur-sayuran yang perlu dikurangkan pula ialah sayur-sayuran yang cepat tumbuh seperti bayam, cendawan (terutamanya cendawan yang tumbuh selepas hujan) dan sebagainya.
- Bagi buah-buahan yang perlu dikurangkan pula ialah buah-buahan yang masam termasuklah cempedak, ciku, pisang dan sebagainya. Buah Seperti ciku mempunyai fiber yang kasar dan lama-kelamaan boleh menghakis usus manakala buah pisang dan betik pula cepat busuk dan tidak sesuai diambil berlebihan kerana ianya akan busuk didalam usus.
- Perbanyakkan meminum air mineral dan sebagainya (saranan : 7 hingga 8 gelas sehari).

FAKTA MENGGEMPARKAN:
• 90% PELBAGAI PENYAKIT ADALAH BERKAITAN DENGAN USUS YANG TIDAK BERSIH [KOLEJ PERUBATAN ENGLAND]
• 500,000 KEMATIAN DI SELURUH DUNIA ADALAH DISEBABKAN KANSER KOLON [THE STAR, 13 MEI 2004]
• 5 JUTA RAKYAT MALAYSIA MENGALAMI PELBAGAI MASAALAH PENGHADAMAN SEPERTI KESAKITAN BAHAGIAN PERUT, KEMBUNG, SEMBELIT DAN LAIN-LAIN.
USUS KOTOR, PUNCA PELBAGAI PENYAKIT!

So, cara nak atasi mslh2 ini...saya perkenalkan satu produk yang hebat....yang saya sendiri dah cuba...dan sangat berkesan!!!

Hanya dengan mengambil satu peket PHYTO FIBER ini sahaja setiap hari sebelum tidur, masalah usus anda dapat diatasi.

Disyorkan mengambil
PHYTO FIBER pada waktu malam sebelum tidur....Ia tidak menyebabkan cirit-birit tetapi sangat membantu MELAWASKAN dan MEMPERBETUL SISTEM PERCERNAAN DAN PERKUMUHAN ANDA!!!

Harga Asal sekotak
PHYTO FIBER utk 15 hari penggunaan ialah RM85.00
Mahalkan? Tetapi kesan nya sangat bagus...terutama untuk ibu2 selepas bersalin yang mengalami kesukaran membuang air besar...

Nak harga yg murah???Cube la pek TRIAL cume RM 20
utk 3 hari penggunaan . ......sila...sila...


APA YANG ANDA DAPAT JANGKAKAN DARI PROGRAM DETOKS YANG BAIK

* Kesihatan keseluruhan yang lebih baik – rasa lebih bertenaga dan cergas
* Daya ketahanan badan yang lebih kuat
* Fungsi penghadaman yang lebih baik – kurang angin dan senak
* Pembuangan air besar yang kerap
* Daya ingatan dan daya tumpuan yang lebih baik
* Kulit yang lebih cerah dan sihat
* Badan yang lebih langsing
* Ketiadaan sakit-sakit dan sengal-sengal badan.

Ia adalah hampir mustahil untuk kita mengelakkan diri daripada toksin-toksin ini kerana mereka berada di mana-mana sahaja.

Dalam makanan kita racun rumpai dan racun serangga dalam buah-buahan dan sayur-sayuran ,bahan kimi dan logam berat dalam ikan dari sungai dan laut yang sangat tercemar,antibiotik dan hormon dalam ayam, itik dan daging.

Dalam air minuman kita klorin, logam berat, bahan kimia , bacteria dan parasit dari sumber air yang tercemar dan paip air yang lama.

Dalam udara yang kita sedut bahan kimia dan asap berkabut dari kilang-kilang, asap kenderaan, asap rokok , serta asap dari pembakaran terbuka dan hutan terbakar dari negara-negara jiran.

Dari proses-proses badan sisa metabolik dan pereputan daripada makanan yang tidak dapat di hadamkan.

Makanan dapat diibaratkan sebagai bahan bakar yang paling mustahak untuk manusia. Ia boleh dikatakan bahawa kesihatan kita adalah dibina daripada makanan yang kita makan pada setiap hari. Walaupun pembangunan yang pesat dalam ekonomi negara, peningkatan taraf kehidupan dan kemajuan teknologi perubatan, tetapi kesihatan kita tidak semestinya meningkat secara mendatar. Sebaliknya, semakin ramai menghidap penyakit moden pada masa kini. Untuk mengelakkan penyakit moden, pemilihan makanan berkhasiat untuk kesihatan menjadi isu yang hangat untuk zaman moden ini. Menurut Hippocrates (460-377 B.C.) dari Greek, dia juga dikenali sebagai "father of Medicine". Beliau pernah berkata, :" Food is your medicine, and you are the doctor of your body, but no one else" yang bermaksud bahawa makanan adalah ubat semulajadi anda, dan anda adalah doktor kepada badan anda, tiada sesiapa pun dapat menggantikannya.

Bagaimanakah memilih makanan yang sihat? Cara-cara untuk menjaga kesihatan badan seperti mengamalkan pemakanan yang sihat, mengawal berat badan, mencegah penyakit kanser , tekanan darah tinggi dan penyakit jantung; cara-cara ini telah memaparkan satu prinsip yang sama, iaitu "3 RENDAH 1 TINGGI". Prinsip ini mengutamakan makanan lemak yang rendah, mengurangkan pengambilan gula dan garam serta meningkatkan pengambilan fiber.


RENDAH LEMAK

Lemak adalah sumber yang baik dan diperlukan untuk membina sel-sel tubuh badan. Ia boleh membekalkan tenaga kepada badan manusia. Sumber lemak boleh didapati daripada minyak masakan, makanan tinggi lemak seperti makanan bergoreng, kuih-muih dan daging. Pengambilan makanan yang tinggi dalam lemak akan menyebabkan tenaga mudah distor dalam tisu adipos tubuh. Walau bagaimanapun, jika terlalu banyak lemak boleh meningkatkan risiko penyakit jantung koronari, angin ahmar, kegemukan dan lain-lain masalah kesihatan.

Memilih minyak berlemak rendah seperti minyak zaitun atau minyak tumbuhan, mengurangkan pengambilan makanan bergoreng, makanan daging, kuih-muih tinggi lemak, snek dan kekacang merupakan cara yang baik untuk mencegah diri daripada makanan berlemak tinggi. Di samping itu, cara masakan seperti stim, kukus, memanggang dan rebus boleh mengurangkan pengambilan lemak dalam tubuh. Manakala dari segi makanan berdaging, digalakkan mengambil daging putih seperti hasilan laut, ayam dan mengurangkan daging merah seperti lembu dan kambing. Ini adalah kerana daging putih kurang kolesterol dan lemak jika dibandingkan dengan daging merah.

RENDAH GULA

Granul Gula adalah sumber utama rasa manis dalam makanan. Gula digunakan secara meluas dalam industri makanan memproses dan snek yang manis. Ramai orang mengemari memakan makanan yang diproses dan makanan manis pada zaman kini. Walau bagaimanapun, gula hanya memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan. Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan, ketidakseimbangan nutrisi dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.

Pengambilan makanan yang manis untuk suatu jangka masa yang panjang akan menyebabkan masalah kesihatan seperti kegemukan, mempengaruhi menjejaskan selera seseorang, mengakibatkan kerosakan gigi, meningkatkan kandungan bakteria yang berbahaya dalam usus badan dan sebagainya.

Untuk menjamin kesihatan anda, pengawalan pengambilan gula dan makanan manis adalah sangat penting. Kurangkan pengambilan snek yang bergula tinggi, minuman bergula dan kuih-muih yang manis.

RENDAH GARAM

Garam adalah unsur utama menambahkan rasa makanan. Makanan yang kurang garam akan menyebabkan seseorang tiada selera untuk memakan. Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.Garam yang berlebihan dalam tubuh juga membebankan pesakit buah pinggang. Orang yang sihat dinasihatkan supaya pengambilan garam dalam purata hariannya tidak melebihi 6-8g. Manakala pesakit yang menghidap tekanan darah tinggi pula dinasihatkan supaya mengehadkan kadar pengambilan garam. Walau bagaimanapun, kebanyakan orang telah mengambil garam yang lebih daripada apa yang disyorkan.
Cara mengurangkan pengambilan garam termasuk mengehadkan penggunaan garam dalam masakan, kurangkan makanan mengasin, rempah segera, makanan mengetin dan makanan segera. Selain daripada itu, anda juga digalakkan supaya selalu menyediakan makanan sendiri di rumah dan menggelakkan memakan di luar.

TINGGI FIBER

Fiber tumbuhan seperti beras kasar, oats psyllium husk, hawthorn berry adalah pelincir usus semulajadi . Fiber boleh mengurangkan masa yang diambil oleh sisa makanan untuk melalui saluran usus besar. Fiber membantu mencairkan bahan beracun yang terdapat di dalam usus besar dan mempercepatkan pengeluarannya daripada tubuh badan. Ia dapat membantu membersihkan kolon secara efektif, menggalakkkan pertumbuhan bakteria baik dan merendahkan risiko penyakit kolon supaya badan akan sentiasa berada dalam keadaan optimum.

Selain daripada itu, fiber juga berefektif untuk mengawal berat badan dengan memberikan perasaan kenyang dan membantu mengawal paras lemak dan kolesterol dalam badan. Maka, makanan berfiber tinggi boleh mendatangkan manfaat untuk kesihatan badan.

Kami boleh mengamalkan prinsip "3 Rendah 1 Tinggi" dengan meningkatkan pengambilan sayur-sayuran dan mengurangkan makanan daging, makanan diproses, makanan segera, minyak berlemak tinggi dan perisa-perisa yang lain. Phyto Greens dan Phyto Fiber adalah produk dirumus khas yang berdasarkan prinsip " 3 Rendah 1 Tinggi " untuk memberikan nutrisi yang seimbang kepada anda.

MASALAH-MASALAH KESIHATAN YANG DI KAITKAN DENGAN PENGUMPULAN TOKSIN TERMASUK:

  1. - Sering keletihan, daya tumpuan dan daya ingatan yang lemah
  2. - Sembelit atau cirit-birit yang kerap
  3. - Masalah-masalah kulit-jerawat, akne, ekzema, psoriasis, kulit yang pudar dan tidak bermaya.
  4. - Kuku dan rambut yang rapuh
  5. - Badan dan nafas berbau
  6. - Sering sakit kepala
  7. - Sakit leher , bahu , sendi dan otot
  8. - Peredaran darah yang lemah – tangan atau kaki sejuk
  9. - Imsomnia –masalah tidur
  10. - Meradang dan kemurungan
  11. - Kitaran haid yang tidak teratur dan masalah-masalah putus haid
  12. - Berat badan dan pembendungan air dalam badan
  13. - Masalah penghadaman , kesenakan dan rasa loya yang kerap
  14. - Alergi dan pengidaman makanan
  15. - Peningkatan tekanan darah
  16. - Kurang tenaga syahwat.